Google Analytics

About Us

Teratak Akasia adalah sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di kawasan Pengkalan Batu, Batu Berendam. Kedudukannya yang strategik iaitu terletak di kawasan bandar berhampiran dengan jalan utama ke pusat bandar memudahkan para pelanggan yang menginap di Teratak Akasia untuk bergerak ke mana-mana. Pelanggan yang tidak mahu bergerak jauh untuk menjamu selera boleh hanya berjalan kaki dalam 50m sahaja dari Teratak Akasia ke Medan Selera berdekatan. Kawasan letak kereta yang luas hanya berhadapan dengan Teratak Akasia juga memudahkan jika pelanggan datang lebih dari satu kereta.

Teratak Akasia juga berhampiran dengan Pusat Beli Belah Giant, Tesco, Jusco dan Mydin. Hanya 5 minit perjalanan ke tempat-tempat tersebut. 10 minit ke Zoo Melaka dan Melaka Wonderland serta ke bangunan bersejarah di Bandar Hilir.

Motto kami :

" Kegembiraan anda Kepuasan Kami "